Kursus Audio Sistem Siri 2 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Kursus Audio Sistem siri 2

Kursus Audio Sistem siri 2

19 Mac 2015 – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menganjurkan Kursus Asas Audio Sistem Siri 2 bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS. Kursus ini bertujuan memberikan peluang kepada mereka-mereka yang tidak berkesempatan mengikuti kursus siri pertama yang telah diadakan pada 12 Februari 2015 yang lalu. Dengan penyertaan sebanyak 30 orang peserta, pihak penganjur sekali lagi telah menjemput tenaga pengajar terlatih dari ASTRO iaitu Encik Noruddin bin Mohammad dan Encik Mohd Faizal bin Ismail bagi mengendalikan kursus tersebut. Mereka merupakan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyiaran dan broadcasting selama 18 tahun. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dan maklum balas daripada peserta, kursus audio peringkat lanjutan (advanced level) mungkin akan diadakan pada masa hadapan. Sebarang perkembangan kursus akan dimaklumkan di laman facebook PKKSSAAS dan Buletin UPM.

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEaTAt~