| ARTS AND CULTURAL CENTER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
list of latest announcement

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan, Portal Putra UPM kini boleh digunakan untuk mengakses pelbagai sistem aplikasi melalui satu antara muka.

Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my) merupakan inisiatif Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM bagi menyediakan kemudahan capaian atau ‘access gateway’ ke sistem aplikasi Universiti dengan menerapkan teknologi pengesahan (authentication) UPM-ID Single Sign-On (SSO).

Dengan adanya Putra Portal UPM, konsep “Single Sign-On (SSO)” diamalkan, dimana capaian kepada pelbagai sistem aplikasi dapat dibuat dengan menggunakan single ID (UPM-ID) dan paparan juga mesra peranti mudah alih.

 Untuk makluman semua, sebanyak 21 sistem aplikasi telah menggunapakai konsep SSO, yang boleh dicapai melalui Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

 Sebanyak 32 sistem aplikasi lain yang masih belum menggunapakai konsep SSO boleh juga dicapai pantas melalui ikon "NON SSO" pada Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

 Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk iDEC (03 8947 1990) atau email idec_helpdesk@upm.edu.my 

 Sekian, terima kasih.

ARTS AND CULTURAL CENTER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 8946 7327
+603 - 8946 7328
C1511005650