| ARTS AND CULTURAL CENTER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
list of latest announcement

Kindly be informed that the activities of music therapy "Live band and singing" which is scheduled for this week postponed to a date to be announced later. This postponement to give way to programme preparatory works that will take place in the Main Hall, PKKSSAAS, UPM.

Please be informed and thank you.

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan, Portal Putra UPM kini boleh digunakan untuk mengakses pelbagai sistem aplikasi melalui satu antara muka.

Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my) merupakan inisiatif Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM bagi menyediakan kemudahan capaian atau ‘access gateway’ ke sistem aplikasi Universiti dengan menerapkan teknologi pengesahan (authentication) UPM-ID Single Sign-On (SSO).

Dengan adanya Putra Portal UPM, konsep “Single Sign-On (SSO)” diamalkan, dimana capaian kepada pelbagai sistem aplikasi dapat dibuat dengan menggunakan single ID (UPM-ID) dan paparan juga mesra peranti mudah alih.

 Untuk makluman semua, sebanyak 21 sistem aplikasi telah menggunapakai konsep SSO, yang boleh dicapai melalui Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

 Sebanyak 32 sistem aplikasi lain yang masih belum menggunapakai konsep SSO boleh juga dicapai pantas melalui ikon "NON SSO" pada Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

 Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk iDEC (03 8947 1990) atau email idec_helpdesk@upm.edu.my 

 Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Dimaklumkan bahawa proses penilaian prestasi bagi tahun 2017 akan mulai dilaksanakan pada 21 Ogos 2017

3.  Adalah diingatkan sekiranya tuan/ puan tidak membuat penetapan SKT 2017 seperti yang ditetapkan,  implikasi yang akan dihadapi adalah seperti di bawah:-

  1.  Proses penilaian prestasi tahun 2017 tidak dapat dilaksanakan;
  2.  Tiada Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) untuk tahun 2018;
  3.  Menjejaskan proses kenaikan pangkat/fleksi/lantikan kontrak/selepas bersara

 

4.  Sebagai makluman, proses penilaian prestasi tahun 2017 tidak akan dibuat secara manual.   Oleh yang demikian, pihak kami mohon Ketua Pentadbiran/Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan/Penolong Pendaftar di Pusat Tanggungajwab (PTJ) memanjangkan perkara ini kepada semua staf supaya proses pentepan SKT dapat dilaksanakan mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan. Tuan/puan boleh melaksanakan proses ini melalui laman sesawang :  http://prestasi.upm.edu.my (Sistem e-LPPT Pelaksana)

5.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan staf yang bertanggungjawab iaitu  Cik Siti Ima Munirah Ahmad (1558), En. Mohd Khanif Bin Katni (1546), Pn. Hidayatul Azima Binti Annuar dan Pn. Wirdah Binti Hj. Adam (1543).

6.  Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

ARTS AND CULTURAL CENTER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 8946 7327
+603 - 8946 7328
C1506442549