PENILAIAN PERINGKAT KEDUA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2025/2026 PKKSSAAS UPM
23 Julai 2026 – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah melaksanakan Penilaian Peringkat Kedua EKSA bagi tahun 2025/2026. Penilaian ini melibatkan panel penilai iaitu Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim (Pusat Pehubungan Alumni) dan Puan Siti Noriza Samad (Kolej Tan Sri Aishah Ghani).
Penilaian ini bermula dengan pembentangan daripada Encik Husalshah Rizal Hussian, selaku Pengerusi EKSA merangkumi kesemua komponen yang telah ditetapkan. Pembudayaan amalan EKSA di PKKSSAAS melibatkan kesemua zon EKSA di Dewan Besar dan Dewan Bankuet UPM: Zon Resak, Zon Cengal, Zon Jati, Zon Merbau dan Zon Belian (Dewan Bankuet). Panel penilai diiring untuk melihat pembudayaan amalan EKSA di PKKSSAS antaranya Bilik Bakawali (Konti), Studio Arca, surau-surau, pejabat Am, dan beberapa ruang/kemudahan lain.
Panel penilai juga memberikan pengiktirafan kepada zon-zon di PKKSSAAS terhadap kaedah pembentangan dan idea inovasi dari setiap wakil zon. Antara keputusannya :
Tempat Pertama : Zon Jati
Tempat Kedua : Zon Belian
Tempat Ketiga : Zon Cengal
Tempat Keempat : Zon Resak
Tempat Kelima : Zon Merbau
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga PKKSSAAS atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses penilaian berlangsung. Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kerja cemerlang dan menyokong kecemerlangan penyampaian perkhidmatan di PKKSSAS