Nuansa Citra Malaysia | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Nuansa Citra Malaysia

Nuansa Citra Malaysia

Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia (MAKUM) yang disokong oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menjayakan persembahan Nuansa Citra Malaysia baru-baru ini di Tumbalong Park, Sydney Australia pada 2 Mac 2024.
5 buah Universiti Awam (UA) terlibat sebagai peserta persembahan iaitu UPM, USM, UMK, UIAM dan UNIMAS membuat persembahan tarian bertemakan “Cultural Of Malaysia”. Turut dipersembahkan adalah segmen pertunjukan busana setiap kaum di Malaysia.
 
  
 
  
 
Para pengunjung yang hadir sangat teruja menyaksikan kepelbagaian budaya dan etnik yang dipersembahkan kepada mereka disamping berkesempatan untuk mengabadikan gambar kenangan bersama delegasi dari Malaysia.Program ini merupakan anjuran Student-Run Organisation Education Malaysia Australia dan mendapat kerjasama dari pihak Malaysia Hall Sydney dan Persatuan Pelajar Malaysia University of North South Wales (UNSW).

Date of Input: 13/03/2024 | Updated: 13/03/2024 | kamarulhelmy

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEcBAJ~