Pejabat Pengarah

Pejabat Pengarah berperanan mentadbir dua (2) Seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran ,Kewangan dan Perkhidmatan koporat  dan Seksyen Pengurusan Seni Budaya dan Warisan dengan cekap dan berkesan dengan memberikan tumpuan dan keutamaan khususnya kepada aspek seperti berikut :

1. Menyedia dan mempamerkan Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Piagam Pelanggan dan carta organisasi peringkat bahagian dan unit yang jelas dan seterusnya sehingga ke peringkat struktur organisasi yang lebih rendah.

2. Merancang, memantau, menyelia, menerima laporan dan menganalisa laporan bagi penambahbaikan berkaitan program/aktiviti di bawah dua (2) bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pengurusan Seni Budaya dan Warisan. Antara fungi lain Pejabat Pengarah PKKSSAAS adalah memantau perjalanan pengurusan pentadbiran Am secara keseluruhan mengikut peraturan semasa Universiti serta  menggunakan sumber yang ada bagi mencegah pembaziran dan penyalahgunaannya dan pada masa yang sama para pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Disamping itu, Pejabat Pengarah PKKSSAAS akan menggariskan hala tuju yang jelas dalam menyediakan pelan strategik yang komprehensif dalam menggalakkan pertumbuhan aktiviti seni budaya di pelbagai lapisan warga kampus seperti staf, pelajar, alumni dan masyarakat umum melalui kerjasama berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.

 

 
 

 PEJABAT PENGARAH

 

 

 
   Husalshah Rizal Bin Hussian
   Pengarah 
   Tel: +6 03-9769 7324 / +6 03-9769 7007
   Faks: 03 9769 7328
   E-mel: husal@upm.edu.my

 

 

 

   Hafidzah Nor Ismail
   Setiausaha
   Tel: +6 03-9769 7324
   Faks: 03 9769 7328
   E-mel: hafidzah@upm.edu.my