Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS UPM bersedia untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menyeluruh berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak mahasiswa dan halatuju universiti.
Antara perkhidmatan yang kami sediakan termasuklah:
- Pengurusan aktiviti/persembahan kebudayaan dan kesenian di kampus dan undangan pihak-pihak luar dari pelbagai agensi.
- Kemudahan pinjaman peralatan (muzik, fizikal/teknikal, busana, tempahan ruang : Dewan, Panggung Seni, Studio-studio Latihan/Kelas).
- Khidmat nasihat pengurusan projek-projek kebudayaan dan kesenian.
- Penganjuran projek-projek kebudayaan dan kesenian kampus.
- Kelas-kelas / kelab-kelab kebudayaan kesenian berdasarkan kepada kelompok-kelompok seni seperti di bawah :
- Seni Muzik (Band, Gamelan & Caklempong)
- Seni Gerak (Seni Tari)
- Seni Lakon/Teater
- Seni Tampak / Seni rupa
- Pengurusan Seni