Fungsi dan Peranan

FUNGSI BAHAGIAN

 

Pejabat Pengarah

Pejabat Pengarah berperanan mentadbir dua (2) bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pengurusan Seni Budaya dan Warisan dengan cekap dan berkesan dengan memberikan tumpuan dan keutamaan khususnya kepada aspek seperti berikut :

 

1. Menyedia dan mempamerkan Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Piagam Pelanggan dan carta organisasi peringkat bahagian dan unit yang jelas dan seterusnya sehingga ke peringkat struktur organisasi yang lebih rendah.

 

2. Merancang, memantau, menyelia, menerima laporan dan menganalisa laporan bagi penambahbaikan berkaitan program/aktiviti di bawah dua (2) bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pengurusan Seni Budaya dan Warisan. Antara fungi lain Pejabat Pengarah PKKSSAAS adalah memantau perjalanan pengurusan pentadbiran Am secara keseluruhan mengikut peraturan semasa Universiti serta  menggunakan sumber yang ada bagi mencegah pembaziran dan penyalahgunaannya dan pada masa yang sama para pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang terbaik.

 

Disamping itu, Pejabat Pengarah PKKSSAAS akan menggariskan hala tuju yang jelas dalam menyediakan pelan strategik yang komprehensif dalam menggalakkan pertumbuhan aktiviti seni budaya di pelbagai lapisan warga kampus seperti staf, pelajar, alumni dan masyarakat umum melalui kerjasama berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.

 

Bahagian Khidmat Pengurusan

Terdapat 3 unit yang berfungsi bagi menyokong peranan Bahagian Khidmat Pengurusan. Antara unit yang terdapat di bahagian ini adalah:

 

1. Unit Pentadbiran dan Kewangan

2. Unit Pengurusan Kualiti

3. Unit Fasiliti dan Pengurusan Pelanggan

 

Bahagian Khidmat Pengurusan berfungsi antaranya adalah untuk memastikan pentadbiran sumber manusia, intergriti, pematuhan kepada prosedur, pengurusan kewangan, pengurusan kepada pelanggan, sistem penyampaian yang cekap, pengurusan am pejabat, urusan surat menyurat, pengurusan fail, penyelenggaraan, pengurusan aset, inventori dan bekalan pejabat dapat diurus selia dengan berkesan dan baik.

 

Antara fungsi lain bahagian ini adalah untuk menguruskan hal ehwal tempahan fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti sewaan Dewan Besar, Dewan Bankuet dan Panggung Percubaan.

 

Bahagian Pengurusan Seni Budaya dan Warisan

Bahagian Pengurusan Seni Budaya dan Warisan mempunyai 3 unit yang menyokong kepada peranan bahagian itu sendiri seperti :

 

1. Unit Pengukuhan Seni Budaya dan Warisan

2. Unit Pengembangan Seni Budaya dan Warisan

3. Unit Teknikal Am, Pengurusan Pentas dan Siar Raya

 

Antaranya fungsi terpenting bahagian ini adalah untuk memartabatkan agenda seni budaya di kalangan warga kampus, alumni dan komuniti dengan merancang aktiviti/program, mengekalkan dan mengembangkan aktiviti kebudayaan dan kesenian di UPM. Juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana seni budaya/teknikal pentas yang kondusif dan profesional dan memberikan khidmat nasihat kepada seluruh warga kampus.

 

Antara fungsi lain bahagian ini ialah bagi meningkatkan pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya terutama kepada staf dan pelajar UPM yang berinisiatif menyediakan landasan/ruang dan peluang kepada penggiat seni UPM yang terlibat dalam bidang ini melalui perkhidmatan kebudayaan dan kesenian, Sukarelawan Seni Budaya (PEWARIS) dan sebarang aktiviti seni budaya ke peringkat nasional dan antarabangsa.