| PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Program Suara Mu Malaysia

Program Suara Mu Malaysia 2013 telah diadakan dengan jayanya di Dataran Putra Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM. Ia merupakan sebuah program anjuran bersama Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian  Negara. Pada malam kemucak program, seramai 5000 orang pengunjung telah membanjiri Dataran Putra PKKSSAAS yang terdiri daripada pegawai UPM, pelajar baru UPM dan masyarakat setempat. Pengisian program adalah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan deklamasi sajak, persembahan kebudayaan dan pameran berkenaan Hari Malaysia 16 September.


Pada malam itu juga, turut dimeriahkan dengan persembahan khas artis jemputan seperti Syura, Siti Nordiana, Dr. Joanne Yeoh Pei Sze dan Aris Ariwatan serta pertunjukan bunga api. Juri pada pertandingan nyanyian peringkat
akhir ialah YBhg. Datuk Ramli MS, Syura dan Dr. Joanne Yeoh Per Sze.



Tetamu kehormat pada Malam Kemuncak Suara Mu Malaysia ialah YBhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan (Naib Canselor UPM), YBhg. Dato’ Asmawi Kasbi (Yang Di-Pertua MPSJ), Encik Mohd Amran Mohd Hari (Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya JKKN).

Johan bagi pertandingan nyanyian dimenangi oleh Saudara Mohd Idham Razli dari Ampang Jaya dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2,000.00 beserta sebuah trofi dan sijil. Manakala Johan pertandingan deklamasi sajak dimenangi oleh Adik Nazifa Mohd Sharawi (SMK Bukit Sentosa) dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 800.00 beserta trofi dan sijil.



SXESOAQ~