Majlis Gemilang Putra Dan Sambutan Hari Pekerja 2018 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2018

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2018

03/05/2018 - Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM sekali lagi menyaksikan berlangsungnya Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2018 secara serentak.  Naib Canselor UPM,  Profesor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan  kepada jawatankuasa terlibat di atas inisiatif penganjuran majlis yang amat bermakna buat warga UPM.  Beliau percaya majlis ini memberi erti yang mendalam kepada Universiti dan warganya, di mana komitmen serta pencapaian cemerlang warga universiti dirai dengan pengiktirafan dan penghargaan.  


Sambutan Hari Pekerja 2018 diraikan dengan tema “Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”. Umumnya, tema Hari Pekerja ini diterjemahkan sebagai inisiatif bagi mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan antara pihak kerajaan, majikan  dan pekerja dalam usaha pembangunan negara.  Bagi UPM khasnya, semangat kerjasama dalam kalangan warga UPM selama inilah yang mampu melonjakkan prestasi dan seterusnya meraih kecemerlangan yang telah kita kecapi.


Dengan Revolusi Industri 4.0, apabila operasi harian dijalankan menggunakan teknologi terkini. ia akan mewujudkan keadaan tanpa atau kurangnya kebergantungan kepada pekerja tidak mahir. Keperluan akan tertumpu kepada tenaga kerja mahir yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam teknik  serta aplikasi teknologi moden. Ini akan menjamin kecekapan  organisasi bagi meningkatkan  produktiviti dan daya saing pada masa hadapan yang secara langsung akan memberi impak yang signifikan kepada kecemerlangan negara. Justeru, peningkatan kompetensi dan kemahiran dilihat dapat direalisasi melalui perancangan dan pelaksanaan latihan yang efisyen.



Majlis telah turut menyaksikan dua (2) kakitangan PKKSSAAS menerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 iaitu En. Mohd Khairul Zainal Abidin dan En. Muhamad Khairul Mahily.




Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah!

Tarikh Input: 04/05/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEZCAN~