Lawatan Pemeriksaan Pihak Bomba Serdang | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Lawatan Pemeriksaan Pihak Bomba Serdang

Lawatan Pemeriksaan Pihak Bomba Serdang

DEWAN BESAR, 4 Mei 2017 – Seramai 2 orang pegawai bomba diketuai Tuan Mohd Amir Ismail dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan bersama-sama dengan 6 orang staf dari Unit Bantu Mula, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM telah mengadakan pemeriksaan premis  sempena Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) yang akan dilangsungkan pada 14 Mei 2017.

  

Pemeriksaan  ini bertujuan memastikan premis  Pusat Kebudayaan dan Keseniaan SSAAS sentiasa mematuhi  Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan di dalam keadaan terbaik dimana DYMM Sultan Selangor selaku Canselor UPM akan mencemar duli ke Majlis Gemilang Akademia Putra 2017.

Skop pemeriksaan melibatkan panel penggera kebakaran, hose reel,water sprinkler dan alat pemadam kebakaran. Secara keseluruhan pihak bomba berpuas hati dengan keadaan semua peralatan pencegah kebakaran yang terdapat di premis Pusat Kebudayaan  dan Kesenian SSAAS.

  

Tarikh Input: 04/05/2017 | Kemaskini: 09/08/2017 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUSAx~