| PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Kilauan Putra 2015


SERDANG -   Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM telah menganjurkan program Kilauan Putra 2015 pada 14 dan 15 Mac 2015.   Program yang berbentuk pertandingan nyanyian lagu era 60an hingga 90an itu telah diadakan di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.  Selain dari menikmati persembahan dan muzik, antara objektif program adalah membentuk disiplin dan emosi seimbang serta meningkatkan daya kreatif dan inovatif di kalangan peserta.   Program juga adalah sebagai alternatif mengisi masa lapang para generasi y dan belia dengan perkara berfaedah.






Pemenang bagi kategori terbuka dan interkolej ialah :

 

Terbuka:

Johan : Muhammad Syafiq Ikhwan Ghazali

Naib Johan : Mus Ahmad

Tempat Ketiga : Nur Farrah Izzatie Johari

Saguhati : Nor Hapipah Hj. Md Shah

Saguhati : Nur Syazwani Mohd Basri

 

Interkolej :

Johan : Muhamad Hasif Mansor (Kolej 10)

Naib Johan : Mohammad Aizat Luffi Jailani (Kolej 14)

Tempat Ketiga : Nur Alyssa Roslan (Kolej 5)

Saguhati : Muhammad Aiman Che Omar (Kolej 5)

Saguhati : Muhammad Syafiq Farhan Boo Omar Boo (Kolej Canselor)

 

Juri yang dijemput untuk mengadili pertandingan terdiri daripada komposer terkenal iaitu YBhg. Datuk Ramli MS dan Encik Fauzi Marzuki serta saudara Nash dari Kumpulan Lefthended.  Turut memeriahkan program dengan persembahan khas adalah YBhg. Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM yang juga merupakan tetamu kehormat,  Prof. Madya Dr. Joaane Yeoh Pei Sze, Ketua Jabatan Muzik UPM dan Staf Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.

 

Turut hadir adalah Encik Aididi Tamin, Ketua Seksyen, Seni Budaya dan Inovasi Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Tuan Haji Anuar Haji Ahmad, Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.


SXETRAo~