Hijrah Ramadhan 2016 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Hijrah Ramadhan 2016

Hijrah Ramadhan 2016


UPM, Serdang : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial, PKKSSAAS telah menganjurkan program Hijrah Ramadhan 2016 pada 18 Jun 2016 (13 Ramadhan 1437H). Program yang bertemakan “Warna Warni Ramadan” yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam itu adalah program tahunan anjuran PKKSSAAS.  Tahun ini yang merupakan tahun ke-4 telah diraikan bersama  dengan Anak-anak Yatim dari Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Olak Lempit, Banting, Selangor Darul Ehsan.





Warga PKKSSAAS sentiasa prihatin dalam melaksanakan Program CSR (Khidmat Komuniti) walaupun sibuk dengan tugas seharian dan kali ini berpeluang  menceriakan anak-anak yatim di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan di samping mengeratkan hubungan sesama kakitangan.  Sesi perkongsian ilmiah juga telah sempat diberikan kepada anak-anak ini.

Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada Bahagian Kaunseling UPM, Kolej Canselor dan Alumni UPM kerana telah turut menyumbang tenaga demi menjayakan program ini.

Semoga program seumpama ini akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang.

~Jazzakallahukhair~

"Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan yang banyak".


untuk gambar klik sini



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUBA5~