Festival Zapin Interkolej (ZaFest) 2017 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Festival Zapin Interkolej (ZaFest) 2017

Festival Zapin Interkolej (ZaFest) 2017


Pada 18 Mei 2014 yang lepas telah berlangsung sebuah pertandingan ZAFEST(Festival Zapin InterKolej) yang melibatkan 11 buah pasukan berentap bagi merebut gelaran juara zapin. Pertandingan yang diadakan pada jam 8.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam membuktikan seni tarian zapin tidak pernah ditelan zaman,malah diperbaiki dan terus diamati agar generasi muda mahasiswa dan mahasiswi mengenal erti kesenian warisan Johor ini. Pertandingan ini diadakan di panggung percubaan Universiti Putra Malaysia. Kolej Mohammad Rashid telah menghantar 10 orang pelajar yang melibatkan 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan dalam sebuah pasukan dimana mereka membawakan sebuah zapin yang dikenali sebagai zapin Lenga yang merupakan antara zapin tertua di Muar negeri Johor sehingga tidak diwarisi kemudian dipelajari semula oleh generasi kini. Pelbagai jenis zapin yang ditarikan sewaktu pertandingan antaranya zapin Pekajang,Putar Alam,dan Tenglu. Adat pertandingan tidak mengenal erti yang kalah atau yang menang,pasukan KMR,telah membuktikan persembahan yang terbaik dengan memegang angka giliran no.10,namun nasib tidak menyebelahi pasukan ini,KMR hanya mendapat tempat ke-4. Namun,semangat dan kegigihan mereka membuktikan tradisi tarian zapin tidak pernah ditelan dek zaman.

 

      
 
     

 

         


 

 

Tarikh Input: 30/03/2017 | Kemaskini: 17/08/2017 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEZEA1~