Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Sambutan Hari Pekerja 2016 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Pekerja 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Pekerja 2016


10/05/2016 Dewan Besar, PKKSSAAS UPM telah menjadi venue penganjuran bagi  Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2016 secara serentak,  ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia yang menggalakkan penjimatan dalam pelaksanaan majlis rasmi.

Ia juga bersesuaian dengan tema Hari Pekerja  bagi tahun ini iaitu “Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi”. Dengan pelaksanaan program seumpama ini ia dapat  menggunakan sumber secara optimum dan dapat mengelakkan pembaziran masa dan kewangan.





Ia merupakan aktiviti penting bagi menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih Universiti kepada warganya yang bersungguh-sungguh menabur khidmat bakti yang cemerlang dengan rasa setia dan penuh tanggungjawab. Penzahiran ini diserlahkan melalui penyampaian Anugerah  Tokoh Pekerja, Anugerah Perkhidmatan Paling Lama, Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra, Anugerah Bakti Putra dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.



Majlis telah turut menyaksikan enam (6) kakitangan PKKSSAAS menerima anugerah masing-masing iaitu En. Jabir Tarmigi, En. Md. Nuri Sibob, En. Muhammad Mohd Yusof dan En. Yahya Noh menerima Anugerah Jasa Putra manakala Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 telah diberikan kepada En. Jabir Tarmigi dan En. Rozaimie Abdul Hamid.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima!




Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUCAs~