| PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Anugerah Gemilang Putra Dan Sambutan Hari Pekerja 2017

24/05/2017 - Dewan Besar, PKKSSAAS UPM sekali lagi menyaksikan berlangsungnya Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2017 secara serentak.  Naib Canselor UPM,  Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan  kepada jawatankuasa terlibat di atas inisiatif penganjuran majlis yang amat bermakna buat warga UPM.  Beliau percaya majlis ini memberi erti yang mendalam kepada Universiti dan warganya, di mana komitmen serta pencapaian cemerlang warga universiti dirai dengan pengiktirafan dan penghargaan.   Harapan pihak pengurusan  supaya warga UPM  berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggung jawab dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif sehingga menjangkau pemikiran, dan berani untuk bereksperimen menggunakan kaedah kerja baharu di luar kebiasaan.

 

Tema sambutan Hari Pekerja 2017 kali ini adalah  ‘Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi’.   Pengertian inovasi adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam beberapa aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi merangkumi  perubahan dalam bentuk sistem  dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.  Hasil daripada pelaksanaan idea inovasi  ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem  penyampaian perkhidmatan.

 

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah!

SXERHAb~