Teater Tradisional & Moden

Moden Teater

 

Teater Muzikal 

Teater moden pula berorientasikan kepada dunia masa kini. Isu-isu yang dipersembahkan adalah bersifat semasa dan kontemporari. Pakaian, muzik latar, pertuturan, dan kesan-kesan khas tidak terbatas kepada sebarang elemen, lebih mengikuti keperluan skrip dan kumpulan sasaran penonton.

 


 

 

 

Tradisional Teater

 

 

Makyung 

Tarian Melayu yang merangkumi kombinasi tarian, muzik dan drama ini mula bertapak di Pattani dan tersebar di pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya Kelantan sejak 400 tahun dahulu.

Dengan penggunaan kostum yang sangat menarik, tarian unik ini turut diserikan dengan alunan muzik seperti rebab, tawak, gendang, canang, kesi dan serunai terutamanya ketika segmen keluar masuk pelakon.

Mek Mulung 

Dramatari ini sangat popular di kawasan utara negeri Kedah. Kisah sejarah yang dipaparkan dalam teater ini mengandungi elemen spiritual yang sangat mendalam. Setiap tarian yang dipersembahkan berbeza dari segi gerak jarinya. Tarian yang sering dipertontonkan dalam Mek mulung ialah tarian sembah, tarian gambang, tarian puteri mabuk, tarian menora dan tarian sirama.

Semua tarian diselang seli dengan nyanyian beramai-ramai dan alunan muzik.

Wayang Kulit 

Wayang kulit turut dikenali dengan nama wayang gedek, wayang melayu dan wayang purwo. Teater ini masih berpengaruh di Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu. Alat muzik yang mendominasi persembahannya ialah rebab, canang, gong, gendang dan kesi. Cerita yang dipersembahkan dalam wayang kulit merupakan adaptasi cerita-cerita epik Mahabrata dan Ramayana.

Perubahan zaman turut mempengaruhi jalan cerita yang disampaikan oleh dalang wayang kulit melalui dailog dan pergerakan patung.