| PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Hijrah Ramadan 2017 PKKSSAAS

Ringkasan Artikel

Olak Lempit, Banting – pada 17 Jun 2017 (Sabtu) bersamaan 22 Ramadan 1438H, seramai 34 penghuni Madrasah Tahfiz

Olak Lempit, Banting – pada 17 Jun 2017 (Sabtu) bersamaan 22 Ramadan 1438H, seramai 34 penghuni Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Olak Lempit Banting diraikan dalam program Hijrah Ramadan 2017 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM (PKKSSAAS UPM). Program Hijrah Ramadan adalah program kali ke-5 dianjurkan dan ia adalah merupakan program tahunan bermula pada tahun 2013. Pada tahun-tahun yang lepas program ini dijalankan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS UPM. Manakala bagi tahun ini buat julung-julang kalinya program Hijrah Ramadan dilaksanakan di Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Olak Lempit Banting, Selangor Darul Ehsan bermula jam 4.30 petang hingga jam 10.00 malam.

Program ini bertujuan adalah untuk menceriakan anak- anak yatim yang menghuni di Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Olak Lempit. Warga PKKSSAAS UPM menyantuni dan beramah mesra dengan anak- anak ini serta menyelami perasaan mereka. Program yang baik ini dapat memberi akan erti bersyukur khususnya kepada warga PKKSSAAS UPM.


Antara pengisian yang telah diadakan adalah :

i. Solat asar, maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah
ii. Sesi penyampaian sumbangan beras, duit raya dan cenderahati
iii. Sesi penanaman pokok buahan UPM
iv. Bacaan tahlil ringkas
v. Majlis iftar bersama anak-anak yatim
vi. Majlis ramah mesra dan moreh

Penasihat Program Hijrah Ramadan 2017 iaitu Tuan Haji Anuar Haji Ahmad, Pengarah PKKSSAAS UPM berkata, idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.


Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya yang merupakan tempat untuk mereka meluahkan dan mencurahkan kasih sayang.


Program yang berobjektif lebih kepada membantu dan memberikan sedikit keceriaan dan sumbangan sebagai tanda tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada pihak kami dan Universiti Putra Malaysia amnya. Dana yang berjaya dikumpulkan, kami agih kepada golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim ini.

“Saya berdoa agar anak-anak ini diberikan peluang untuk belajar hingga ke menara gading dan juga menjadi antara yang bertuah untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaya,” katanya.

Majlis juga diakhiri dengan aktiviti beramah mesra dan moreh bersama anak-anak yatim tersebut.

SXDcTAA~