Visi dan Misi

 

Visi PKKSSAAS adalah untuk menjadi sebuah pusat yang melestarikan aktiviti kesenian dan kebudayaan serta menyediakan perkhidmatan fasiliti acara yang kondusif dan berkualiti selari dengan visi UPM

Misi PKKSSAAS adalah untuk membangunkan dan mengembangkan aktiviti kesenian dan kebudayaan dalam kalangan komuniti kampus dan masyarakat sekitar serta menyediakan fasiliti kondusif sebagai lokasi utama majlis selari dengan pelan strategik universiti

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Visi dan Misi PKKSSAAS UPM ini juga adalah selari dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang memfokuskan kepada tiga (3) objektif utama, iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan, dan memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Untuk tujuan tersebut, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah menggariskan lima strategi, iaitu:

a)Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

b)Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

c)Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

d)Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

e)Meninggikan taraf dan mutu kesenian.